asma azura's FotoPage

By: asma azura mn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Sunday, 17-Feb-2008 09:08 Email | Share | | Bookmark
Majlis Merisik & Pertunangan Fadhillah Mohd Hilmi

 
 
 
View all 8 photos...
9 Feb 2008 - Pagi jam 8 dah ada kat Airport Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa check in utk flight kul 9.15pagi. Ibu, Ayah & Arina Aisyah ke Kuala Lumpur pagi ni cz nak hadiri majlis pertunangan sepupu Ibu di Taman Sg Jelok, Kajang. Abah Tok & Mama Tok dah berlepas kul 6.45 pagi cz nak kena singgah amik Atikah kat Subang Permai dulu b4 heading to Kajang.

Dalam kul 11 lebih kami tiba di kajang, rumah mak sedara belah abah - Che dah. B/fast lebih kurang sambil lepak ngan pak2 sedara & mak2 sedara. Paksu mie & Cik sue, Pakcik & aunti Ita terengganu, Ayah sor & makcik Lela serta anak menantu, Amin & Mami Machang. Best lak rasanya berkumpul ramai2 mcm ni.... dah lama x berkumpul macam ni sejak arwah ayah dan mek x de. Rindunya zaman kanak2 dulu....

Majlis bermula selepas Zohor. Rombongan jejaka dari Melaka bertemu dara dari Kajang Actually si dara bertemu si jejaka idaman semasa sama2 amik degree kat U dulu Tahniah Fadhillah!

Petangnya kami ke Subang Permai. Hantar baby balik umah Mummy Elle. Makan petang sambil sembahyang magrib sebelum ke KLIA - balik ke Kota Bharu semula. Walaupun penat tapi seronok sangat cz dapat bercuti pendek dgn Hakim & Arina Aisyah.





Monday, 11-Feb-2008 08:01 Email | Share | | Bookmark
Family day ofis Ayah Arina Aisyah

 
 
 
View all 28 photos...
25/1/2008 - Pagi jam 9, Ofis mate ayah berkumpul kat masjid kubang kerian... Dah cukup korum...kitaorg konvoi beramai2 ke Kuala Terangganu - 9 buah keta kalau x silap ibu.... Melalui jalan pantai, singgah berehat di Pantai Penarik sebelum meneruskan perjalanan ke Seri Indah Resort, Pantai Batu Burok.

Kami tiba di Seri Indah Resort pada jam 12.30tghari. Ayah check in bilik utk semua yg hadir... then, kitaorg menjamu selera di lobby seri indah bersama2... Aktiviti ptg bermula selepas asar di pantai... Acara pantai bermula dgn boling pantai.... semua bapak dan mak budak kena participate pastu acara sambut bola dgn bakul. mak budak baling bola, bapak budak kena tangkap bola guna bakul... mmg meriah.... acara last utk org dewasa adalah bapak budak kena tutup mata sambil di beri instruction oleh mak budak, kena cari tin di penghujung garisan dan ketuk sampai bunyi... Acara utk kanak2 tidak kurang meriahnya... ada acara cari bola dalam pasir, acara lari bawa bola ping pong dan acara rebut cokelat....

Malamnya diadakan pula makan malam di tepi swimming pool... dan juga acara penyampaian hadiah bagi pemenang2 acara pantai sambil beramah mesra dgn family2 ketua dan staf2 ayah yg lain. Keesokkan hari nya pula, kami konvoi beramai2 ke Pasar Payang membeli belah apa2 yg patut. Kemudian ke Muzium Negeri... Actually nak ke Masjid kristal tapi x tau kat mana.... Berangan x mudah ibu nak bergambar kat sana... tapi x kesampaian.... Tghari kami pulang ke destinasi masing2...










Saturday, 2-Feb-2008 07:44 Email | Share | | Bookmark
1 Februari 2008

 
 
 
View all 17 photos...
Hari ni kat umah hanya tinggal Ibu, Arina Aisyah & Pakcik Boy. Nasib Baik Papa, Mama, Iman, Faris dan Sarah ada. Temankan Ibu dan Arina kat umah. Abah Tok dan Mama Tok berlepas ke Hanoi semalam. 2 Hari lepas Baby pun dah balik ke Subang continue semester baru. Ayah Arina Aisyah pulak dah seminggu pegi Kursus di Bandar Baru Bangi.

Agenda Utama hari ini Ke Tesco. Saja-saja window shopping bersama keluarga Azuan. Sampai kering anak tekak dok melayan karenah anak2 Azuan. Ada yang minta belikan cd, buku, swimming pool la... last2 papa diorg belikan family swimming pool jer... boleh satu keluarga masuk dalam tu main air Ibu Arina just beli buku aje...

Belah petangnya, selepas asar, Kami semua bertolak ke Pantai cahaya Bulan. Pegi makan colek ikan,sotong,udang,fish ball, Char kuew tiau & Air nyior. Bestnya.... Time ni Ibu Arina yg belanja.Lupa nak cakap, semlm azuan belanja makan malam roti canai + cicah kari tulang.... best sungguh... balik jer umah terus landing....kenyang sesangat....

Belah malamnya pulak, Elle belanja makan kat Oriental kopitiam... makan mini bun + nasi goreng cina + telur masak separuh... mmg kenyang ler hari ni.... anak2 pun lepas makan jer terus tido.... penat seharian bersama Auntie Kak long & Arina Aisyah....


Ibu & Arina @ PCB


Arina Aisyah @ Oriental Kopitiam


Nur Sarah Khadijah @ Oriental Kopitiam



Tuesday, 22-Jan-2008 09:37 Email | Share | | Bookmark
Open table - Boy

 
 
 
View all 8 photos...
13-1-2008 , Bulan ni boy dapat duit kutu.... So, dia pun belanja la kitaorang kat Restoran Hamid kat Pasir Pekan. Memula nak pi 4 season restaurant tapi abah dah jemu makan kat sana.... so tukar tempat. Tak pe turn ibu Arina Aisyah nanti, Ibu belanja semua kat 4 Season Restaurant lak.

Menu makan malam : Kari Ikan Merah, Udang sambal Petai, Ikan Sungai Goreng, Sayur campur & Nasi putih.
Dessert: Kelapa Jelly



Tuesday, 15-Jan-2008 12:06 Email | Share | | Bookmark
7 mons of Arina Aisyah

 
 
 
View all 6 photos...
13-1-2008 - Arina Aisyah cukup umur 7 bulan. Cepat betul anak ibu membesar. Baru jer rasa melahirkan Arina Aisyah... tup..tup.. dah boleh meniarap, naik walker, makan baby bites, nestum dan yg paling ibu suka tgk bila Arina Aisyah pandai masukkan puting ke dalam mulut sendiri.

Dan sekarang ni juga ibu dah boleh tinggalkan Arina Aisyah kat Mama tuk. Dapat la Ibu settlekan kerja ibu yg bertimbun kat ofis. Dan Ibu juga buat kali pertama tinggalkan Arina Aisyah dengan mama tuk dan abah tuk cz temankan ayah Dinner Majlis Org Besar 12-1-2008 aritu. Bimbang gak cz takut Arina Aisyah meragam. dah la susah nak tido malam... Balik umah terus terpa Arina Aisyah yang dah tido lena di samping abah tuk

Hari ni pulak, suruh mama bawak Arina Aisyah ke butik dia. Ibu pegi lewat sikit cz x mandi lagi. Baru berpisah x sampai 5 minit, hati dah risau.... Baru le tau mcmana perasaan seorg ibu yg kehilangan anaknya... teringat berita pasal adik shalinie.... Harap2 Adik shalinie sihat dan x diapa2kan oleh org yg mengambilnya. Insyaallah.





[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net