Want your
own Fotopage?


























 
asma azura's FotoPage

By: asma azura mn

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 25-Dec-2008 05:10 Email | Share | | Bookmark
End of December 2008

 
 
 
View all 24 photos...
Dah lebih sebulan tak berupdate fotopages ni... bukan ape tak sempat dah loni nak menghadap pc mcm dulu2... x menang tangan org kata... kalau boleh ditambah tangan ni rasanya nak jugak merasainya... hehehehe...

Aktiviti-aktiviti sekitar december 2008:

16 dec 2008 - Ibu, mama tuk, Arina Aisyah & Adani Aisyah menghadiri majlis kenduri anak sepupu mama tuk di wakaf bharu.



17 dec 2008 - Hari ulangtahun Atikah, adik bungsu ibu yg ke 20. Kami meraikan hari yg istimewa ini di Secret Recipe KbMall bersama mama tersayang, Azi, Boy & kami sekeluarga.



20 dec 2008 - Hari ni ibu menerima jemputan daripada Mama Langgar sempena Majlis Hari Ulangtahun Pertama cucu beliau, Cahaya Seri Iman yang pertama dan juga hari lahir mama sendiri yg jatuh pada bulan dec. Ibu org yg terawal sampai... so, makan pun awal, balik pun awal laa... hehehe... x leh duduk lama2 cz x masuk ofis lagi...



24 dec 2008 - Petang ke rumah mertua Nazirah di Kutan. Hajat dihati nak gi tgk anak teruna nazirah yg dilahirkan 3 bulan lps, tapi bila tiba di sana ada buat majlis kesyukuran kawin pula. Adik ipar nazirah yg kawin. Akhirnya ibu berjumpa juga sahabat lama sek menengah dulu.
Dinner di Sri Chieng Mai Restaurant bersama kakitangan perumahan SUK sempena pertukaran staf dan staf pencen.





27 dec 2008 - Tghari ke rumah Kak Ma, kakak cik su yg baru tiba dari mengerjakan haji di tanah suci mekah. Makan tghari di sana.
Petang, kami sekeluarga menghadiri Majlis Perkahwinan Irwan & Dewi, anak jiran lama di Taman Seri, Pengkalan Chepa. Tahniah kepada pengantin!






akhirnya...sempat gak mung hapdet ek...
sume member aku ade anok kecik...ooo mung jupo mek na ek...aku xkenal dia tp jupo kat fp jek...xkesahler tambah member.
Hepi New Year 09 & Salam Hijri 1430
Tue 30-Dec-2008 03:06
Posted by:mie2 mimiemuslim@gmail.com  - [Link]
Masya allah, lama betul tak masuk sini sampaikan adik arina pun dah keluar.........
sorry .........comel ler adani, cam kakak nyer arina
Mon 5-Jan-2009 10:31
Posted by:~Zana~MamaBatrice~ zalyn_batrisya@yahoo.com.my  - [Link]
salam zura.. lama betul tini tak masuk sini,last year adala jenguk kejap tp tak smpat tingglal jejak Anyway congrat!!! Sun 11-Jan-2009 04:12
Posted by:Fendy, Tini & Aiman Harith  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 3-Dec-2008 08:04 Email | Share | | Bookmark
End of Nov 2008

 
 
First of all, Ibu Arina Aisyah & Adani Aisyah nak mengucapkan Selamat hari ulangtahun yang ke 23 kepada lelaki bungsu Ibu - Mohamed Zaim pada 28/11/2008 baru-baru ni. kami x sempat nak beli kek utk boy just bagi present jer.

Pada 29/11/2008 pulak ibu mertua di Pasir Mas pulak menyambut hari ulangtahun... Tapi x sempat tanya lak yg ke berapa. Kami sekeluarga celebrate Umi dgn kek dan ayam kenny rogers. X de apa yg dpt diberikan hanya kasih sayang dan doa semoga sihat sejahtera di samping keluarga tercinta. Amin.

juga pada 29/11/2008 sepupu ibu, Fadhillah Helmi melangsungkan perkahwinan di kajang. Tetapi ibu x leh pergi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan & cuaca yg tidak menentu di pantai timur sekarang ni...Tahniah utk pengantin baru...

30/11/2008 - Adani aisyah dah masuk 3 bulan.... Sekarang ni Adani dah pandai senyum bila diagah... manis betul senyuman anak ibu yang sorang ni.... tido pun x yah dalam buai dah sekrg ni... letak atas tilam jer bagi susu terus tido... tu pun kena ibu tido jugak ler.... hehehehe... susu botol mmg x mahu kecuali air masak... laju jer hisap...




boolatnye mata!!! chomey!

http://beautkids.fotopages.com
http://www.beautkids.com
Thu 18-Dec-2008 07:27
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
salam,
kat http://adekmanja2.fotopages.com
ada stok baru sila jengah2
Tue 23-Dec-2008 05:34
Posted by:mamidanial juniorkidswear@yahoo.com
huh memember aku nih sumer dok bz anok kecik...tok de nok hapdet pong...heeeeeee
wishing u & family >>>12 mths of SAKINAH, 52 weeks of BARAKAH, 365 days of IMAN, 8760 hrs of GOOD IBADAH, 525600 mins of QANAAH & 31536000 sec of TAQWA<<<SALAM MAAL HIJRAH>>>NEW YEAR 2009<<<khalid,mimie,nuha&naqia
hepi holiday toooooo
Wed 24-Dec-2008 18:53
Posted by:mie2 mimiemuslim@gmail.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 26-Nov-2008 16:54 Email | Share | | Bookmark
Mama dah balik!

 
 
 
View all 22 photos...
7 Nov 2008 - Mama & Azie sampai di KLIA. Penerbangan Arab Saudi dr Jeddah ke KL selamat tiba pada pukul 1.30ptg. Tapi penerbangan ke Kota Bharu pada pukul 6.30ptg. Jadi mama & azie singgah di Putrajaya dulu umah sepupu mama utk berehat sebelum meneruskan perjalanan balik ke umah kami... Suasana di rumah lak sibuk dengan aunti dan mc elle menyiapkan juadah utk makan malam. Menu : nasi kerabu + ayam bakar+ daging bakar + ikan celup tepung + solok lada + dan bermcm2 lagi la...

Ibu pulak balik ke Pasir Mas dulu sebelum ke KBMall cari hadiah mama & kek. Sebetulnya, mama menyambut hari ulang tahun pada 5 nov lalu. Jadi kami membuat keputusan utk meng'celebrate' harijadi mama pada mlm mama pulang dari umrah.

Antara tetamu yg biasa menghadirkan diri: en yusoff sekeluarga, pakcik yie sekeluarga (kebetulan ada di kb), paksu mie sekeluarga, azuan sekeluarga, chik, masho & long golok serta aunti nah & rakan business giffarine.






>> selamat kembali... Thu 27-Nov-2008 13:52
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Hepi belated berday to u... Sat 29-Nov-2008 23:21
Posted by:gee  - [Link]
salam
hai zura...lama akak tak singgah...
dah dapat baby baru rupanya...tahniah
& happy belated birthday
Wed 3-Dec-2008 07:07
Posted by:zaiton zaiton_yatim@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Thursday, 6-Nov-2008 04:29 Email | Share | | Bookmark
2 Months of Adani Aisyah * 8 Years old of Faris Ikhwan *

 
 
 
View all 25 photos...
30 Okt 2008 - Penghujung Okt 2008, kami meraikan ulangtahun kelahiran Adani Aisyah yang ke 2 bulan dan Faris Ikhwan ( sepupu Arina Aisyah & Adani Aisyah) yang ke 8 tahun.




iye la Rin..bb ni comey tol la.gerammnya.....bulat jerk mate dia. Tue 25-Nov-2008 08:21
Posted by:ckyn ckyn_bess020401@yahoo.com  - [Link]
sudi2 r singgah ya kat fp kita. Tue 25-Nov-2008 08:22
Posted by:ckyn ckyn_bess020401@yahoo.com  - [Link]
Hi Asma... Mana pic baru awak.. cepat la kita nak tengok gambar baby Adani Aisyah ngan Faris ni..

**Tq ye for the wish..
Wed 26-Nov-2008 12:18
Posted by:gee.harun  - [Link]
View all 20 comments Add comment


Monday, 3-Nov-2008 06:10 Email | Share | | Bookmark
BBQ NITE * SECRET RECIPE * AIRPORT

 
 
 
View all 22 photos...
18 okt 2008 - Hari ni Adani Aisyah genap 50 hari.... Kebetulan Aziey & Elle plan buat bbq cz kawan Aziey dr Australia dtg ke Kelantan. So mlm tu Ber'barbeque" la kita2 org bersama beberapa kawan Azuan & Hakim dan tetamu2 yg selalu dijemput ( en yusoff sekeluarga & Paksu mie sekeluarga). Menu : Nasi lemak, Meehoon Goreng, Makaroni Bakar, Ikan bkr, ayam bkr, steak, etc.

22 okt 2008 - Hakim MC hari ni. Semlm gi klinik cz bengkak dan sakit kaki. Tapi dalam pada tu sempat gak gi KBmall lunch kat secret recipe. Ingat nak gi shopping brg dapur tapi x sempat la pulak dok window kat tempat lain dulu... pastu Adani aisyah pulak meragam ... x selesa... sesak nafas bila dok dlm aircond.

24 okt 2008 - Jam 8 pagi semua dah berada di airport hantar Mama & Aziey pegi mengerjakan umrah selama 2 minggu. Dan selama 2 minggu la jugak Ibu Arina Aisyah & Adani Aisyah dok kat umah jaga anak2 Walaupun terasa lama tapi kitaorg boleh dikatakan tiap2 hari juga la bertanyakan kabar berita mereka berdua di medinah & mekah... Selamat pergi dan kembali mama & aziey!










BBQ?? uuuhhh.. syoknyerrrrr... akak sukaaaa
tq visit fp akak yerr
Wed 5-Nov-2008 03:07
Posted by:MaDiHa  - [Link]
>> bab makan makan mcm ni yang best...
>> kena pula dapat kumpul ramai ramai...
Wed 5-Nov-2008 18:35
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
sporting baby jalan sana sini. ahaks mesti ma akak dah balik pun dari umrah. wuisshhh tang bbq yg kita tak tahan nihhh Wed 12-Nov-2008 01:50
Posted by:kuchai
View all 7 comments Add comment


Tuesday, 7-Oct-2008 04:33 Email | Share | | Bookmark
Salam Lebaran - 1 Syawal 1429hijrah

 
 
 
View all 34 photos...
1 Syawal 1429h @ 1 Okt 2008 - Pagi ni bgn lewat sikit cz semlm Adani Aisyah tido lewat.... berjaga la Ibu dgn puteri ibu yg ke 2 ni.... Ayah & ahli keluarga yg lain pegi solat raya pun x sedar. Selps mandikan Arina Aisyah dan Adani Aisyah, Ibu ler pulak siapkan diri utk pegi beraya kat umah azuan & elle di Taman Kurnia Jaya. Semua ahli keluarga berkumpul di umah azuan utk beraya, bermaaf2an, bergambar & makan2. Tghari kami sekeluarga balik ke Pasir Mas utk beraya dgn mertua.

2 Syawal 1429h @ 2 Okt 2008 - Open house raya.... Seronok betul hari ni cz semua sanak saudara berkumpul di umah. Disebabkan Ibu dalam pantang lagi, so sanak saudara dari Golok semua dtg beraya dgn ibu hehehehe... Terima kasih daun keladi, Tahun depan datang lagi








wa..salam raya zura..comelnyer dua badeks tu...
bape umo kakak nye tu..salam pkenalan dr qasih disini yer
Fri 31-Oct-2008 02:30
Posted by:ibu qasih  - [Link]
hai....berkenaan dgn pink & red pant tu....
kalau saiz 12m, i ada red floral
kalau saiz 24m, i ada pink floral

boleh email @ sms saya juga, thanks
Fri 31-Oct-2008 14:53
Posted by:ingridsueteng ingridsueteng@hotmail.com  - [Link]
apdets apdetssss

Check Out Newest Entry
Tia & Mia outdoor potrait & Tina's 3rd Birthday Bash
http://www.beautkids.com
http://beautkids.fotopages.com
Sun 2-Nov-2008 01:23
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Monday, 22-Sep-2008 01:20 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri 1429 h Untuk Semua...

 

selamat hari raya!!

p/s: i moved my blog to blogspot. tak larat nk ada fp lg.hehe.
Tue 7-Oct-2008 04:12
Posted by:Hudarling  - [Link]
Salam Aidilfiti Thu 9-Oct-2008 13:33
Posted by:hanizura@mama_danish  - [Link]
www.an-wardrobe.blogspot.com has been updated! Skip over to see what I mean! Wed 15-Oct-2008 00:37
Posted by:Ann an.wardrobe@gmail.com  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Sunday, 14-Sep-2008 10:11 Email | Share | | Bookmark
16 hari - Adani Aisyah

 
 
 
View all 10 photos...
Dah 16 hari dah Adani Aisyah.... Ibu pun sibuk menghitung hari menunggu 40 hari berpantang... x sabar2 nak kuar jalan2, pi ofis, pi kedai mama tuk, pi mall - shopping.... tambah2 adik2 semua dah balik berkumpul kat umah... meriahnya! Berbuka posa ramai2... tambahan pula pakcik yie & keluarga ada kat umah jugak sambil buat treatment kat HUSM... ramai nya org kat umah ni... x de la sunyi sangat ibu kat umah berpantang.

Posa pulak dah 2 minggu berlalu... tinggal 2 minggu lagi nak berhari raya. Alhamdulillah semua persiapan raya dah ibu siapkan sebelum deliver baby ari tu. Baju ayah, baju Arina Aisyah, baju Adani Aisyah pun dah ada. Cuma baju ibu jer yg belum ambik kat tkg jahit.... nak kena suruh ayah ambil kan


wooaaahhh.. sedapnya nama dia... dah bersalin rupanye.... selamat berpantang ye? Wed 24-Sep-2008 04:11
Posted by:Marcia  - [Link]
Bestnye family besar bile berbuka.
I family kecik jarang sgt dpt berbuka sesame.
Sume ada hal masing2. Lagi2 la dok Jepun, dah lama benar tak berbuka kat Mesia.
Fri 26-Sep-2008 04:00
Posted by:::E + F + H::  - [Link]
Bestnye family besar bile berbuka.
I family kecik jarang sgt dpt berbuka sesame.
Sume ada hal masing2. Lagi2 la dok Jepun, dah lama benar tak berbuka kat Mesia.
Fri 26-Sep-2008 04:00
Posted by:::E + F + H::  - [Link]
View all 19 comments Add comment


Monday, 8-Sep-2008 09:32 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday to Iran, Iman, Abah, Sarah & Azuan

 
 
 
View all 16 photos...
31 OGOS 2008- Selamat menyambut hari ulangtahun yg ke-5 utk Iman Khalish Khairan. kebetulan semasa ibu arina aisyah & adani aisyah br discharge dari hospital, azuan elle sekeluarga dan kak long abg long sekeluarga dtg ke umah mertua. Dapat kami meraikan hari ulangtahun iran, anak sedara ayah arina aisyah & adani aisyah. best betul kek chocolate... x tahan godaan ibu melihatnya



5 SEPT 2008 - Happy besday Iman Darnalis. Time ni ibu arina aisyah & adani aisyah baru jer balik ke Pengkalan Chepa. Mama bagitau hari ni hari jadi Iman. Malamnya, suruh ayah arina aisyah & adani aisyah beli sebiji kek utk iman. kitaorg celebrate pun dah tgh malam. menunggu mama & papa iman balik dari terengganu. Hari ni genaplah Iman 9 tahun. Semoga menjadi anak kebanggaan keluarga. Amin.





7 SEPT 2008 - Selamat Hari Ulangtahun Abah! Ibu Arina Aisyah & Adani Aisyah x sempat nak beli apa-apa utk Abah tuk. Ibu berdoa semoga Abah senantiasa sihat dan happy di samping keluarga tercinta. Kami sayang Abah! Selamat Hari LAhir yang ke 55 tahun.



10 SEPT 2008 - Happy besday to u.... Happy besday to u ... Happy besday to Sarah... Happy besday to u.... Seronok Sarah dapat celebrate besday ngan kawan2 dia... happy sesangat bila mama dia bawa balik kek besday semalam... anyway, happy 4 th besday to u Nur sarah Khadijah...





26 SEPT 2008 - Advance besday wishes to Azuan a.k.a Papa Sarah. Selamat Hari Ulangtahun yg Ke 30.


Tahniah Zura. cute nye baby adani aisyah. Mesti meriah sambut raya ntikan......
Apa2 pun iza Ucapkan appy belated buat abah zura. Sama tarikh dgn b'day iza
Sat 13-Sep-2008 05:36
Posted by:iza
KLU ZURA NAK KENAL IZA ADA DALAM FRIENDSTER "EIZA MAN" Sat 13-Sep-2008 05:43
Posted by:iza
tahniah dpt 2nd daughter..tak leh posa la ye sebulan hehe!!
salam perkenalan
Mon 15-Sep-2008 04:00
Posted by:~munn~ibu naufal  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Saturday, 6-Sep-2008 11:58 Email | Share | | Bookmark
Our 2nd daughter - Adani Aisyah Binti Ahmad Hakim

 
 
 
View all 4 photos...
30 Ogos 2008 - Ibu Arina Aisyah telah selamat melahirkan Adani Aisyah Jam 1 pagi, di Hospital Lati, Pasir Mas, Kelantan. Berat baby Adani Aisyah 2.9kg dan dalam keadaan sihat. Alhamdulillah syukur kepada Allah swt.

Ibu Arina Aisyah juga dalam keadaan sihat walafiat. Kelahiran Adani Aisyah mmg tidak dijangka. Due date sepatutnya 9 sept 2008. Terawal 10 hari dari jangkaan. Dan kelahiran kali ke-2 ini sememangnya segala2nya mudah. Balik ke rumah mertua cuti hujung minggu, selepas makan malam, perut mula memberi isyarat... contraction 15 minit sekali.... masa tu dalam pukul 10.30 malam... ingatkan boleh tahan tetapi rasa lain macam la pulak.... jam di dinding menunjukkan angka hampir ke tgh malam... contaction makin kerap. 5 minit sekali... selps tu inform suami... salin baju dan bawa apa yg patut menuju ke Hospital.

Sampai saja ke hospital, di wad bersalin... jururawat bertugas memeriksa jalan dah 8 cm... terus jer dibawa ke katil bersalin.... 'misi' pecahkan air ketuban... dan dalam dua kali teran segala2nya selamat... kiranya kelahiran ke dua ni sangat mudah jika dibandingkan dengan pengalaman melahirkan Arina Aisyah dulu.... Nama lagi anak sulung... Kalau ikut perancangan nak melahirkan Adani Aisyah di Hospital Kota Bharu, tapi Adani nak jadi orang Pasir Mas. tak pe lah... seorang Kota Bharu, seorang Pasir Mas... adil la tu...

Keesokan paginya sibuk la ayah Arina Aisyah balik ke rumah Pengkalan Chepa mengambil barang2 kelengkapan baby baru. Ibu Arina Aisyah stand by sehelai baju&seluar, sepasang sarung kaki & tangan, sehelai lampin, sehelai diaper, dan towel jer dalam kereta Ingatkan dah boleh balik terus ke rumah tapi doktor lak tahan cakap sena stay 1 hari/24 jam dulu kat hospital. mmg prosedur dia macam tu...
Pengalaman melahirkan anak di hospital Pasir mAs ok... Bilik bersalin dia mmg cantik.... Doktor cakap bilik bersalin 5 star Terima kasih yg x terhingga kepada doktor dan jururawat yg bertugas pada pagi 30 ogos 2008.








tahniah atas kelahiran Adani.. tak perasan langsung tgh pregnant.. cam terpinga2 Fatin tgk entry introduction Adani.. terus tgk blk gmbr masa celebrate birthday tuh.. huhu.. semoga Adani jadi anak solehah yg cerdik, sihat dan cergas.. Mon 8-Sep-2008 18:52
Posted by:Fatin  - [Link]
congrets seymour.... Tue 9-Sep-2008 06:07
Posted by:nai naiziah@gmail.com
salam ziarah tuan rumah
http://www.munaherbs.blogspot.com
Sat 11-Oct-2008 15:54
Posted by:munaliza munaasysyifa@yahoo.com  - [Link]
View all 13 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.